DAFTAR ANAK TAHUN 1

Nak Daftarkan Anak Untuk Darjah 1 Tapi Tak Pasti Urusan Pendaftaran Macam Mana?


Tak perlu runsing kalini Anna akan kongsikan langkah-langkah yang ibu ayah perlu buat bila anak nak masuk darjah 1.


Seperti yang kita tahu pendaftaran Tahun 1 bagi kemasukan ke sekolah KPM telahpun dibuka bermula 1 Mac yang lalu. Jom kita tenguk langkah-langkah yang perlu dilakukan.


1)Pendaftaran Atas Talian

Ibu ayah boleh membuat pendaftaran secara atas talian di website https://public.moe.gov.my dan ikuti langkah yang diperlukan dulu untuk daftar masuk

Setelah ibu ayah dah daftar masuk ke dalam website tersebut ibu ayah boleh buat permohonan baru untuk urusan pendaftaran.Masukkan segala maklumat anak yang diperlukan dan pilih daerah dan sekolah yang nak didaftarkan

Selesai semua maklumat dan dokumen yang diperlukan pastikan ibu ayah cek semula supaya sekolah dan maklumat adalah betul.
Jika tiada kesalahan atau perubahan ibu ayah bole submit pendaftaran tersebut..

Bagi yang dah daftar tu, ada juga persediaan yang perlu dilakukan ye. Jangan tarik nafas lega dulu tau..


2)Dokumen sokongan dan borang pendaftaran perlu dihantar ke sekolah.


Bagi yang tak tahu atau dah lupa, di sini akan Anna kongsikan lebih jelas dokumen yang diperlukan.

Penting sebab nanti tak adalah kena ulang 2@3 kali ke sekolah kan?

Borang yang dah isi online tu print out

-Salinan MyKid / Sijil Anak AngkatS

-Salinan Sijil Lahir perlu sebab nanti pejabat akan cop kat belakang sijil lahir tu tanda permohonan 

-Salinan Bil Utiliti (Bil TNB / Bil Air / Bil Telefon)

-Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga

-Salinan Surat Nikah / Cerai

-Salinan Laporan Doktor / Kad OKU / Buku Imunisasi

-Salinan Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga @ Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji)

TAMBAHAN

Sampul 4×9 – 2 keping

Setem RM1.50 – 2 keping

Yang ni ada sekolah yang nak ade yang tak payah.. nak lagi mudah call pejabat sekolah untuk kepastian yang lebih jelas. Setiap sekolah ada prosedur dia sendiri.

Bawa dokumen terus ke sekolah yang dimohon ye.

3) Permohonan Melalui Sekolah

Yang ini sangat mudah sebabnya ibu ayah bole pergi terus ke sekolah yang nak dimohon kemudian minta borang pendaftaran untuk kemasukan darjah 1. Kat sana ibu ayah bole tanya terus proses pendaftaran.

4) Tunggu panggilan/ surat / semak melalui website

Ok yang terakhir senang je dah siap semua pendaftaran ibu ayah bole la tunggu keputusan anak melalui panggilan telefon,penerimaan surat ke alamat berdaftar ataupun boleh semak atas talian dekat website je..


Semoga perkongsian ini membantu urusan ibu ayah..terima kasih semua 🤩✌️

Comments

Popular posts from this blog

SUNAT ANAK LELAKI SEAWAL 3 BULAN

7 Cara Banyakkan Susu Badan Yang Semakin Berkurang