SUNAT ANAK LELAKI SEAWAL 3 BULAN

PENGALAMAN SUNATKAN ANAK LELAKI SEAWAL 3BULAN.

Alhamdulillah selepas kehadiran 2 anak perempuan memang kami berharap sangat lepasni kalau rezeki lagi memang kami nak sangat anak lelaki dan akhirnya doa kami dimakbulkan Allah SWT. Syukur Alhamdulillah

Untuk penerangan memang kami merancang sendiri tanpa bantuan ubat-ubatan dan sepanjang tempoh untuk nak mengandung lagi,memang kami amalkan tips untuk dapatkan anak lelaki dan semuanya atas izin Allah SWT.

Pengalaman yang saya lalui saya kongsikan dengan point-point yang penting.

1) KENAL PASTI KLINIK 


Klinik yang saya pergi ni bole kira dalam daerah yang sama sebab kalau jauh memang lemah sikit ye nak bergerak sebab fikir juga kalau jauh nanti anak lepas sunat menangis je macam mana nak tahan dalam kereta ragam dia🤣. Jadi saranan saya biar yang berdekatan dengan rumah dan perjalanan tidak makan masa yang lama.

Jadi sebelum saya ke klinik tu awal-awal saya buat temujanji. Sambil buat temujanji saya tanya la sikit info apa yang kita nak tahu prosedurnya. Klinik yang saya pilih di Bandar Baru Uda Johor dan melalui kaedah "Laser" dan bayaran dalam Rm250 tak silap.
(Maaf, lupa harga sebab anak sekarang dah 2 tahun)

2) HARI KEJADIAN


Bagitahu nama anak yang nak disunatkan kat kaunter sebab temujanji atas nama pesakit bukan nama parents. Tunggu panggilan nama tu dalam 5minit.

Kami di bawa ke bilik doktor dulu untuk pemeriksaan kesihatan supaya anak tak ada masalah. Masa tu doktor akan bagi penerangan jadi kat situ tanya lah apa yang terlintas kat fikiran sebab doktor sangat bekerjasama.

Bila dah ok tak ada masalah, sebagai ibu ayah kita kena sign surat. Surat tu kebenaran dan bersetuju untuk anak kita bersunat. Kemudian kami diminta untuk tunggu kat kerusi luar sebab doktor nak siapkan keperluan..

Masa kat luar tu segala perasaan ada dan sempat lagi kami cakap siapa yang kena masuk tenguk🤣. Bukan apa,sebab masa tu kami bawa sekali 2 anak perempuan kami jadi kena lah sorang je masuk bilik tu. Kalau tak bawa memang boleh keduanya masuk dalam tenguk.

3) PROSES SUNAT SECARA LASER


Disebabkan anak-anak perempuan nak ayah dia yang jaga jadi saya lah yang bawa baby masuk ke bilik operation.

Masa dalam bilik tu ada 2 orang nurse dan Doktor Sufian yang akan sunatkan baby kami. Untuk permulaan baby kena makan ubat air dulu sebelum baring kan kat katil.
Lepastu doktor tunjuk semua peralatan yang akan digunakan untuk proses 'laser'.

Doktor selak kebawah kulit kemudian suntik kat 'bebird' baby supaya baby akan rasa kebas. Masa tu baby menangis sangat kuat ye sampai ibunya pon terkejut 😆 yela dah sedap-sedap baring tetiba kena cucuk mahu tak nangis☺️ .Masa tu gelabah juga nak pegang tangan baby supaya tak meronta tapi ada nurse bantu. Lepas dah suntik,dah tak rasa apa berhenti la baby nangis sampaikan boleh tersenyum tenguk nurse dan doktor agah dia. Hilang kebas dah siap jahit meronta balik nangis. Bila selesai terus la saya peluk baby dekatkan kat dada dan doktor ajar cara dukung baby supaya baby tak sakit.Masa tu peranan susu sangatlah penting nak tenangkan baby.

Dah sunat tapi lupa seluar sunat🤣
Adoi macam mana ni? Tanya la nurse pasal seluar sunat. Katanya ada jual tapi kalau tak beli kena buat macam mana? Beli je pampers yang extra saiz. Jadi kami pon pilih untuk pakai pampers kakaknya.

4) PENJAGAAN DIRUMAH


Doktor bekalkan ubat sapu antibiotik , ubat demam yang air. Doktor kata paling awal 14 hari anak akan sembuh dan kering sepenuhnya. Jadi bersedialah ibu dirumah💪.

Kat rumah mahu tak gelabah sebab kita lah kena bersihkan,kita la sapu ubat sendiri 😅. Nasib baik penerangan tentang ubat dan cara penjagaan dah noted awal-awal tapi kalau lupa whatsapp balik klinik tu.

-Ubat-ubat perlu ambil ikut berapa jam sekali untuk bagi dan sapu. 
-Saya set alarm tiap berapa jam untuk bagi ubat dan sapu ubat. Masa tidur pun akan bangun untuk rutin ni.
-Pampers saiz besar lepastu lipat atas bahagian depan supaya tak kena la kat tempat sunat tu.
-Seluar sunat kat shopee murah tapi pilih yang dekat kawasan jangan luar negara supaya tak lama nak tunggu benda tu sampai🥰
-Mandikan baby macam biasa.
 Bahagian luka , pakai kapas bersihkan pelan-pelan sebab tak nak terbuka jahitan (kalau nak pergi klinik untuk bersihkan pun boleh tapi ada bayarannya)
- Sapu ubat guna cotton bud keliling jahitan 
- Ini sangat penting
Ikut aturan dan nasihat yang doktor sarankan untuk ubat dan penjagaan. 

Hari pertama memang baby asyik menangis bila buka mata sebab sakit. Bagi susu mencebik nangis tapi masih susu juga.
Hari kedua dan seterusnya baby hanya menangis sayu sikit sebab saya dah bisik cakap-cakap kat dia yang "dia dah sunat,sakit sikit je,ibu ada jaga awak,jangan risau". 
Sebagai ibu kita kena tunjuk yang kita boleh buat dan tak takut untuk jaga dan bersihkan supaya anak yakin dan kurang ragam sepanjang proses penyembuhan.

Hari ke-7 dirumah

Whatsapp klinik dan hantar gambar jahitan. Maklumakan yang anak dah ok dan benang semua dah tanggal sendiri. Atas arahan doktor tunggu lagi 3 hari supaya anak sembuh sepenuhnya.

Hari ke-10 

Refer klinik dan doktor pun akhirnya bagi berita gembira yang baby ibu sehat dan sembuh sepenuhnya tempat sunat..
Alhamdulillah syukur. Lepas dapat berita gembira tu terus ibu ayah pergi langkah seterusnya buat akikah untuk baby kat tanah suci❤️❤️


Itulah sedikit perkongsian yang saya boleh kongsikan..

Yang penting ibu ayah perlu yakin dan berani untuk sunatkan anak dari baby. Jika belum sedia boleh tunggu sampai waktunya.

Saya sunatkan awal hanya ikut sunnah dan  penjagaan yang sangat mudah. Baby tak banyak gerak dan hanya minum susu.Jadi tak perlu runsing untuk jaga pantang dan jaga langkahnya. 

Jika ibu ayah yakin bersedia jangan risau semua urusan akan dimudahkan oleh Allah SWT.

Terima kasih❤️





Comments

Popular posts from this blog

DAFTAR ANAK TAHUN 1

7 Cara Banyakkan Susu Badan Yang Semakin Berkurang